4. Syarat-syarat Berkaitan Harta Pusaka
Terdapat beberapa syarat yang berkaitan dengan harta pusaka. Syarat-syarat tersebut ialah:
1. Kematian pemilik harta
Bagi pemilik harta, disyaratkan bahawa kematiannya telah pun disahkan ataupun dia dianggap telah mati.
Contoh bagi anggapan kematian seseorang ialah apabila seseorang telah hilang untuk tempoh yang panjang dan hakim telah membuat keputusan berdasarkan pertimbangannya bahawa seseorang yang hilang telah mati.
2. Kewujudan waris
Waris ini hendaklah disahkan masih hidup semasa kematian seseorang walaupun sedetik.
3. Hubungan antara waris dan si mati hendaklah diyakini. Hubungan yang dibenarkan ialah yang berbentuk hubungan kekeluargaan (nasab), pernikahan (musaharah) dan juga wala’ (perwalian antara hamba yang telah dibebaskan dengan orang yang membebaskannya).
4. Penjelasan tentang hubungan yang melayakkan waris mewarisi harta. Maksudnya, hubungan antara si mati dan warisnya hendaklah dijelaskan. Oleh itu, tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa dia adalah waris kepada si mati dengan sewenang-wenangnya.
Assalammuailaikum…
Di sini saya ingin bertanya,baru-baru ini adik-bradik sebelah ayah saya telah menimbulkan kekecehohan bagi pembahagian harta yang dimiliki oleh arwah datuk saya,dan harta itu masih atas nama arwah walaupun telah meninggal 5 tahun yg.lepas.Disebabkan kekecohan itu,ayah saya telah menarik diri untuk berurusan dengan adik-beradik yang lain kerana mereka tidak mahu uruskan pembahagian harta mengikut cara islam,sbgai contoh,makcik bongsu saya mahu harta itu tanpa perlu menukar nama pemilik,dan ini telah membuatkan ayah saya tidak setuju,
Tetapi adik-beradik yg lain setuju dgn kehendak makcik saya tu,dgn alasan mahu menjaga harta arwah.Sekarang ayah serahkan semuanye kepada adik-beradik yg lain uruskan,cuma ayah mahu pembhagian dia walau macam mane diselesaikan.Untuk pengetahuan pihak tuan,ayah adalah anak lelaki sulung dan saya anak lelaki ayah yg sulung,soalan saya boleh atau tidak saya bersuara dgn pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya bagi pihak ayah saya?sekian.wassalam
Mohd. Azlansyah,
Berhati-hati ketika menguruskan harta pusaka kerana bimbang menjadi harta puaka!
Masa inilah, kita akan nampak, siapa yang mementingkan hubungan kekeluargaan dan siapa yang hanya memikirkan keduniaan semata-mata. Dalam hal ini, sebaik2nya berbincanglah dengan hati terbuka dan dapatkan bantuan seorang yang alim dan dihormati untuk turut memberikan nasihat dan pandangan.
Assalammuailaikum…
Atuk sebelah emak saya telah meninggal lebih kurang 10 tahun yang lalu. Sebelum arwah ini meninggal, arwah telah menentukan tanah-tanah yang anak-anaknya miliki dan nama pemilikan tanah an tersebut tercatat dalam geran tanah.
Setelah arwah meninggal sebegitu lama….pakcik saya menuntut bahagian tanah emak saya perlu diberikan sedikit bahagian kepadanya.
Tanah-tanah yang dimiliki oleh adik-adik emak saya telah dijual kecuali tanah yang dimiliki oleh mak saya.
Mohon penjelasan…