7. Siapakah Lelaki yang Layak Mempusakai Harta?
Pewaris lelaki yang boleh mewarisi dan termasuk dalam kumpulan pewaris fardh (pewaris faraid) ada sepuluh golongan:
1. Anak lelaki.
2. Anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) dan ke bawah.
3. Bapa.
4. Bapa kepada bapa (datuk) dan ke atas.
5. Adik-beradik lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu.
6. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan sebapa (anak saudara).
Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu tidak termasuk dalam pewaris faraid. Sebaliknya, dia masuk dalam golongan pewaris zawi al-arham (pewaris kerabat).
7. Bapa saudara sebelah bapa yang sama datuk dan nenek; dan bapa saudara sebelah bapa yang sama datuk.
Bapa saudara sebelah ibu dan bapa saudara sebelah bapa yang sama nenek termasuk dalam pewaris kerabat.
8. Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa.
Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa yang sama nenek tidak menjadi pewaris faraid. Sebaliknya, dia termasuk dalam pewaris kerabat.
9. Suami.
10. Lelaki yang memerdekan hamba.
Asslamualaikum.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas usaha yang telah tuan lakukan ini. Mudah-mudahan akan dapat membantu ramai umat Islam yang masih lagi tersepit dengan permasalahan berkaitan pembahagian harta pusaka.
Walaubagaimanapun perkembangan terkini di Amanah Raya Bhd yang mana mereka sehingga hari ini tidak lagi menawarkan produk Hibah disebabkan beberapa masalah teknikal. Saya berpendapat berbanding wasiat Hibah ini adalah lebih mustahak, disebabkan pengurusan harta sebelum seseorang meninggal untuk waris-waris, supaya dapat memberi perlindungan yang sewajarnya apabila berlaku kematian.
Sedangkan wasiat adalah untuk bukan waris dan tidak boleh melebihi 1/3 harta si pembuat wasiat. Oleh itu wajarlah sekiranya tuan dapat memberi input kepada Amanah Raya cara mana agar produk hibah tersebut dapat diteruskan.
Sekian terima kasih.