5. Sebab-sebab yang membolehkan seseorang mempusakai harta

Perkara yang menyebabkan sesuatu harta itu menjadi harta pusaka seseorang ada empat:

1. Hubungan keturunan. Iaitu hubungan kekeluargaan. Ia diwarisi oleh ibubapa si mati dan orang yang ada hubungan dengan mereka berdua seperti adik-beradik lelaki dan perempuan si mati atau anak-anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebaap atau sebapa si mati.

2. Pernikahan atau perkahwinan. Iaitu hubungan perkahwinan yang sah, walaupun mereka tidak sempat bersetubuh atau berkhalwat. Kedua-dua suami isteri berhak mewarisi pusaka pasangannya.

3. Wala’. Ia bermaksud pembebasan hamba. Ia dimiliki oleh bekas pemilik hamba daripada hamba yang dibebaskan. Bekas pemilik hamba akan mewarisi pusaka sama ada bekas hambanya lelaki mahupun wanita. Bekas pemilik hamba ini dianggap sebagai asabah kerana diri sendiri (al-asabah bi al-nafs)

4. Islam. Iaitu apabila seseorang muslim mati dan tidak mempunyai sesiapa yang mewarisinya, maka harta peninggalannya diserahkan kepada Bayt al-Mal.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Ustaz Rosdi - Perunding Bertauliah Syarikat UrusPusaka Sdn. Bhd.

Dr. Hasanah - Founder, webmaster & developer laman UrusPusaka.com

_______Semua Hakcipta Terpelihara (c) Uruspusaka.com 2007________