Masalah pembahagian harta pusaka
Bahagian ini akan mengumpulkan masalah yang pernah dikemukakan beserta jawapan.
Kebanyakan masalah yang dikumpulkan ialah yang berkaitan dengan bahagian-bahagian bagi setiap waris.
Bahagian ini akan mengumpulkan masalah yang pernah dikemukakan beserta jawapan.
Kebanyakan masalah yang dikumpulkan ialah yang berkaitan dengan bahagian-bahagian bagi setiap waris.
You must be logged in to post a comment.
Ustaz Rosdi - Perunding Bertauliah Syarikat UrusPusaka Sdn. Bhd.
Dr. Hasanah - Founder, webmaster & developer laman UrusPusaka.com
_______Semua Hakcipta Terpelihara (c) Uruspusaka.com 2007________
Bapa saya meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri (isteri kedua), sepuluh anak dari isteri pertama (7 perempuan 3 lelaki), dua anak dari isteri kedua (1 perempuan 1 lelaki) dan tiga anak dari isteri ketiga (2 lelaki 1 perempuan). Untuk makluman Isteri pertama dan isteri ketiga telahpun meninggal dunia. Masalahnya sekarang isteri kedua tidak bersetuju harta peniggalan arwah ayah saya dibahagi mengikut faraid kerana dia mahukan 2 biji rumah peninggalan ayah saya diserahkan kepada kedua-dua orang anaknya dan sebagai ganti dia tidak akan menuntut harta pusaka yg lain. Untuk pengetahuan harta yang lain adalah lebih kurang sama nilai dengan kedua-dua biji rumah yg tersebut. Masalah sekarang isteri kedua telah memasang lawyer utk menuntut kedua rumah tersebut dan kami tidak tahu cara bagaimana untuk menuntut harta tersebut supaya dibahagi secara faraid. kami telah menghantar ke Amanah Raya dan jawapan nya mereka tidak dapat membuat pembahagian harta sekiranya terdapat pihak yg tidak bersetuju. bagaimana cara untuk kami mengatasi masalah ini. terima kasih