16. Bahagian Bapa
Allah telah berfirman, maksudnya:
“… dan untuk kedua orang ibu bapa, bagi tiap-tiap seorang daripada mereka ialah 1/6 daripada harta yang ditinggalkan jika ada baginya anak. Tetapi jika tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja) maka ibunya mendapat 1/3”. (An-Nisa’: 11)
Bahagian untuk bapa:
1. Jika si mati (anak) mempunyai anak lelaki atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah, bapa mendapat 1/6.
2. Jika si mati tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah (sama ada anak lelaki atau perempuan), bapa mendapat asabah, iaitu baki harta.
3. Jika si mati mempunyai anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki dan ke bawah, dan masih terdapat baki harta setelah dibahagikan kepada waris fardh, maka bapa mendapat 1/6 dan baki harta.
Formula:
Bapa
si mati ada anak lelaki –> 1/6
si mati tiada anak langsung –> baki harta (asabah)
si mati ada anak perempuan –>1/6 + baki harta
Perhatian:
1. Bapa mungkin mendapat lebih jika pewaris yang ada hanyalah ibu dan suami atau isteri.
2. Bapa mungkin mendapat bahagian yang kurang jika harta tidak mencukupi untuk dibahagikan kepada semua pewaris yang berhak. Dalam keadaan ini, semua pewaris akan mengalami pemotongan.
cun theme br. bravo
nice website. tq
Terima kasih otaiyo & Arman, banyak lagi yang nak kena tambah dalam laman ni.