Selamat Datang ke UrusPusaka.com
UrusPusaka.com menjadikan tutorial online sebagai satu produk utama yang diberikan untuk para pengunjung laman web ini.
Tutorial online secara PERCUMA ini merupakan satu khidmat masyarakat yang diharapkan dapat membantu para pengunjung yang ingin mendalami ilmu faraid dan menghadapi masalah pembahagian harta pusaka.
Selain itu, UrusPusaka.com (melalui Ustaz Rosdi selaku Perunding Bertauliah Syarikat UrusPusaka Sdn. Bhd.) juga menyediakan Perkhidmatan Penyediaan Dokumen Perancangan Pusaka.
Penyediaan dokumen ini diperlukan untuk memudahkan pengurusan harta pusaka selepas kematian. Tanpa dokumen perancangan pusaka, prosuder yang perlu dilalui untuk membahagikan harta pusaka adalah sangat panjang dan rumit. Banyak lagi masalah lain yang biasa timbul berkaitan dengan harta pusaka dan wasiat dapat diselesaikan ataupun dipermudahkan dengan adanya dokumen perancangan pusaka.
Terdapat beberapa dokumen perancangan yang ditawarkan. Antaranya ialah:
1. Risalah Wasi
2. Risalah Wasiat
3. Risalah Amanah Faraid
4. Risalah Intim
5. Risalah Hawa
6. Risalah Hibah
Kami akan terus meningkatkan dan mengembangkan maklumat dalam laman web ini. Diharapkan para pengunjung sekelian akan terus berkunjung ke laman ini. Untuk makluman, kami sedang menyiapkan sebuah e-book untuk diberikan secara PERCUMA kepada pengguna berdaftar. Jadi, jangan lupa, bookmark laman ini dan daftar dalam UrusPusaka.com.
Sebarang persoalan, sila emel: uruspusakaanda@yahoo.com
Anda juga boleh berhubung terus dengan:
Ustaz Rosdi Yusof
Perunding Bertauliah
Syarikat UrusPusaka Sdn. Bhd.
No. h/p: 012 - 494 0644 019-477 0644
*Maaf kerana terlambat memaklumkan perubahan no. hp. Sengaja beralih syarikat pengendali atas sebab sosio-ekonomi ummah.
*Sila hantar mesej-SMS terlebih dahulu kerana mungkin ustaz sedang memberikan kuliah kepada para pelajar.
Kami mengalu-alukan respon, komen dan pertanyaan daripada anda.
Terima kasih.
Salam hormat,
Dr. Hasanah & Ustaz Rosdi
Team UrusPusaka.com
.
Bagaimana saya hendak membuat surat wasiat
assalamualaikum,
saya ada masalah yg tak tahu bila nak selesai . Datuk saya sudah meninggal dunia . Dia meninggalkan 7 orang anak hasil drp 3 orang isterinya . Dia mempunyai beberapa bidang tanah sawah yang diuruskan oleh anak lelakinya semasa arwah masih hidup hinggalah sekarang. Masalahnya anak lelakinya itu tidak membahagikan hasil padi yang dia dapat kepada anak -anak yang lain . Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan sekarang dalam perbicaraan . Yang saya tak puas hatinya sudah 3 tahun perbicaraan ini tak selesai lagi . kenapa jadi cam tu ? Cam na nak percepatkan pembahagian harta pusaka ini ?
Sekian terima kasih
Assalamualaikum,
Ruhaizat, sila emel saya dengan menyatakan nama penuh dan alamat lengkap. Insya Allah saya akan kirimkan borang berkaitan. Alamat emel: uruspusakaanda@yahoo.com
Munerah,
Inilah masalah yang timbul jika harta kita tidak dirancang. Proses pembahagian di kalangan adik-beradik sendiri pun amat sukar. Bila dibawa ke mahkamah lagilah panjang ceritanya.
Kita sentiasa takut untuk bercakap tentang perancangan harta pusaka. Seolah-olah kita yakin yang umur kita panjang lagi. Siang-malam kita bekerja mencari rezeki untuk orang yang kita kasihi.
Kalau tiba-tiba Tuhan memanggil kita, rezeki yang kita usahakan itu akan terbiar bertahun-tahun barulah selesai urusan pembahagiannya. Orang yang kita kasihi akan menderita hinggalah selesai urusan tersebut.
assalamualaikum.
saya ingin mendapat penjelasan mengenai harta faraid.
1. saya telah berkahwin dan belum di kurniakan zuriat, persoalannya sekiranya ditakdirkan saya meninggal dunia, macamana harta saya akan di bahagikan kerana saya mempunyai ibu, 2 org kakak, 2 org abg dan suami.
2. suami saya telah ketiadaan ibu dan bapa dan sekiranya suami saya meninggal macamana pula dengan harta pusaka kerana mempunyai 2 org abg dan kakak. adakah saya berhak keatas hartanya kerana kami tidak mempunyai anak dan suami saya telah menamakan saya sebagai waris insuran dan harta. adakah adik beradik suami boleh menuntut harta tersebut.
Waalaikumussalam,
Puan Zaiha,
Cara asas untuk menentukan pembahagian kes pertama ialah seperti berikut:
suami 1/2
ibu 1/6
2 kakak & 2 abg Asabah (lelaki perempuan 2:1)
Cara nak mengira ialah:
suami 9/18
ibu 3/18
2 kakak 2/18 (setiap seorang mendapat 1/18)
2 abang 4/18 (setiap seorang mendapat 2/18)
Bagi kes kedua pula, perlu difahami terlebih dahulu bahawa seorang isteri/suami mempunyai hak yang tetap ke atas harta peninggalan pasangannya.
Oleh itu, cara pembahagiannya adalah seperti berikut:
isteri 1/4
2 org abg & 1 kakak Asabah
Cara hendak mengiranya ialah:
isteri 5/20
2 org abg 12/20 (setiap seorang mendapat 6/20)
1 kakak 3/20
Berkenaan dengan penamaan sama ada untuk insuran atau harta, menurut undang-undang Islam, ia boleh dianggap sebagai pengurus sahaja dan dia tidak berhak ke atas keseluruhan harta tersebut. Maksudnya, jika berlaku kematian, puan bertanggungjawab membahagikan harta tersebut kepada waris-waris yang lain.
Untuk mengelakkan terlalu banyak harta pergi kepada ahli waris yang lain, saya mencadangkan puan dan suami mengisi borang Risalah Intim untuk mengisytiharkan bahawa harta tertentu adalah HARTA SEPENCARIAN.
Apa yang akan berlaku ialah, katakanlah puan dan suami mengisytiharkan bahawa kesemua harta yang ada adalah harta sepencarian. Apabila berlaku kematian salah seorang, maka separuh harta tersebut tidak boleh dianggap harta pusaka, tetapi ialah harta pasangan yang masih hidup. Jadi, hanya separuh harta sahaja yang perlu dibahagikan mengikut faraid.
Katalah kesemua harta suami berjumlah RM100,000 dan beliau mengisi dokumen Risalah Intim, memaklumkan bahawa semua harta itu ialah harta sepencarian. Jika berlaku kematian, RM50,000 harta akan ditolak kerana ia adalah milik pasangan. Jadi, hanya RM50,000 sahaja yang akan dibahagikan kepada ahli waris termasuklah si isteri tadi. Jadi, isteri akan dapat harta dia RM50,000 dan bahagian pusaka mengikut faraid iaitu 1/4 harta.
Harap ini dapat membantu.
Wallahu a’lam.
Asskum dr,
bolehkah adik-beradik dpat harta pusaka? emak-ayah masih ada, adik-beradik sume tak kawin lagi
Waalaikumussalam,
Nampaknya weblog uruspusaka sedang menghadapi masalah teknikal, iaitu sidebar dan footer ‘hilang’. Saya sedang cuba membaiki masalah ini. Diharapkan ia akan pulih dalam masa terdekat.
Alhamdulillah, masalah boleh dikatakan selesai (tetapi bukan sepenuhnya)
ain1989, dalam keadaan ini, jika salah seorang adik-beradik mati dan tiada pewaris lain kecuali emak, ayah dan adik-beradik yang lain, maka mereka semua berhak mewarisi harta pusaka.
Saya akan cuba jelaskan tentang pusaka-mempusakai antara adik-beradik pada masa akan datang, Insya Allah.
Assalamualaikum
Ayah saya meninggal dunia dan mempunyai seorang isteri, sembilan orang anak (5 perempuan dan 4 lelaki) dan masih mempunyai empat adik beradik (3 perempuan dan 1 lelaki). Adakah adik beradik turut termasuk dalam pembahagian harta pusaka? Secara mudah saya misalkan peninggalan adalah wang berjumlah RM100,000. Bagaimanakah cara pembahagian mengikut faraid? Harap dapat membantu.
Waalaykumussalam citramurni69,
Undang-undang pusaka Islam memberikan keistimewaan yang besar untuk keluarga terdekat si mati terutamanya anak-anak si mati.
Dalam keadaan ini, anak lelaki ayah citramurni (adik-beradik lelaki citramurni) menghalang adik-beradik ayah daripada mempusakai harta ayah citramurni. Malah, anak lelaki dan anak perempuan mendapat asabah (iaitu baki semua harta selepas ditolak daripada waris yang lain yang tidak terhalang seperti isteri si mati dan ibu bapa si mati).
Oleh yang demikian, sekiranya harta peninggalan si mati ialah RM100,000, maka pembahagian harta adalah seperti berikut:
Isteri si mati –> mendapat 1/8 (kerana si mati mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan)
4 anak lelaki si mati dan 5 anak perempuan si mati –> mendapat asabah (baki harta yang dibahagikan antara lelaki perempuan pada nisbah 1:2)
Penjelasan lanjut:
Baki harta sebanyak 7/8 harta menjadi hak anak-anak si mati. Cara hendak mengiranya ialah;
4 orang anak lelaki, setiap seorang mendapat 2 bahagian = 8 bahagian
5 orang anak perempuan, setiap org mendapat 1 bahagian = 5 bahagian
jadi, jumlah bahagian untuk anak-anak ialah (8+5) =13 bahagian.
Baki harta 7/8 tadi, di kali mengikut kaedah ‘gandaan sepunya terbesar’:
(1 x 13 = 13 )
(7 x 13 = 91 )
(8 x 13 = 104 )
oleh yang demikian, setiap bahagian menyamai 13/104 harta.
Maka, setiap anak lelaki mendapat dua bahagian, iaitu 26/104 harta manakala setiap anak perempuan mendapat satu bahagian iaitu 13/104 harta.
Bahagian isteri si mati iaitu 1/8 pula menyamai dengan 13/104 harta.
Harap penjelasan ini dapat membantu. Maklumkan kepada saya jika penjelasan ini mengelirukan.
Dr. Hasanah
assalamualaikum,
ayah saya tlh meninggalkan sebahagian harta - tanah dan wang. Letter of admit - telah dipersetujui di letakkan atas nama saya.
persoalannya - bagaimana pembahagian tanah dilakukan dan wang berjumlah 39,000 diagihkan ?
saya telah membelanjakan wang tersebut untuk urusan peribadi tanpa pengetahuan saudara lain. Dan berhajat untuk membayar semula wang peninggalan tersebut untuk diagihkan kepada adik beradik lain. Apakah hukuman ke atas saya ? Bolehkah saya membayar semula harta tersebut ?
Mohon tunjuk ajar agar saya dapat memperbaiki kesilapan saya.
Waalaikumussalam,
Untuk memudahkan saudara, letter of admit tersebut sama seperti pemegang amanah yang diberikan tanggungjawab menguruskan harta. Harta pusaka menurut haknya perlu (wajib) dibahagikan kepada pewaris yang berhak sepertimana yang telah ditentukan oleh Allah samada harta tersebut berbentuk harta tak alih (tanah, rumah dsb) atau harta alih (saham, duit dsb).
Dalam kes ini saudara wajib membahagikan harta tersebut kepada waris yang berhak dan sekiranya saudara telah membelanjakan wang tersebut dan waris tidak mengizinkannya maka wajib dibayar hutang wang yang telah dibelanjakan tersebut.
Sekiranya saudara telah membayarnya maka saudara telah selamat dari menanggung dosa dari kesalahan memakan harta orang lain. Sekiranya saudara tidak membayarnya dan pewaris lain tidak mengizinkannya maka saudara dikira berdosa.
Menurut pembahagiannya,
Sekiranya saudara memiliki adik-beradik seibu sebapa dikalangan lelaki dan perempuan maka pembahagiannya mengikut nisbah 2:1 (lelaki/perempuan). Lelaki akan mendapat 2 bahagian daripada harta tersebut bagi setiap bilangan sdik beradik, manakali perempuan mendapat 1 bahagian sahaja bagi setiap bilangan mereka.
harap penjelasan ini dapat membantu anda,walaubagaimanapun pendetailan tentang ahli waris dan bilangan waris dari saudara lebih memudahkan urusan pengenalpastian pembahagian harta.
assalamualaikum,
saya ada sikit pertanyaan, hari jumaat lepas 29/6/07, adik ipar saya yang bongsu, berumur 15 tahun telah selamat kembali ke rahmatullah. dia ada meninggalkan sedikit wang dalam bank, tabung haji dan beberapa tempat lagi. keluarga yang tinggal ialah ibu, 5 kakak dan seorang abang. setakat yang saya tahu pembahagian wang tersebut ada 1/6 utk ibu dan kakak & 2/6 utk abangnya. boleh ustaz terang macam mana cara pengiraan yang lengkap seperti perbualan talipon kita sebentar tadi..2.45pm, 2/7/07..wassalam
assalamualikum ustaz & dr,
saya telah mendapat huraian lengkap dari jais tentang pembahagian kewangan yang tinggal, terima kasih kepada semua, wassalam
Waalaikimussalam en hishamuddin,
Walaupun en. telah mendapat huraian daripada JAIS berkaitan perkara tersebut kemungkinan pelawat yang lain ingin berkongsi ilmu dan maklumat daripada kes yang en. hadapi,
Disini ingin saya jelaskan pembahagian waris dan harta tersebut untuk dikongsi bersama.
- Ibu mendapat 1/6 bahagian kerana simati mempunyai 2 atau lebih adik beradik
- Saudara lelaki kandung (Abang) mendapat baki/bahagian tertentu
- Saudara perempuan kandung mendapat bahagian ditaksib (baki) kerana mempunyai saudara lelaki kandung.
Oleh itu cara pembahagiannya ialah :
Ibu : 3/18
Kakak: 5/18
Abang 10/18
Harap pembahagian ini dapat membantu kita semua dalam memahami ilmu faraid
Ustaz, assalamu’alaikum
Sekiranya arwah ada meninggalkan sejumlah wang di Tabung Haji dan diletakkan nama saya dan kakak shj sebagai pemegang amanah, walhal masih ada waris lain yg mempunyai hak ke atas harta tersebut, bolehkah kami (penama tabung haji) menggunakan keseluruhan duit yg di amanahkan untuk tujuan hal2 spt fidyah arwah, haji badal arwah, segala untuk arwah dan bukan diri sendri, tanpa persetujuan waris lainnya? Harap jawapan ustaz boleh membantu kami menyelesaikan masalah ini memandang terdapat beberapa adik beradik yg tidak bersetuju untuk menggunakan duit tersebut untuk urusan arwah. Sekian.
definisi wasiat?
rukun wasiat?
syarat orang yg berwasiat?
syarat harta yang diwasiat?
hukum wasiat beserta dalil hadis dan satu ayat al-quran?
hikmah wasiat?
wasiat untuk ahli waris?
wasiat menderma organ?
assalamualaikum
saya ingin tahu pembahagian harta jika si mati meninggalkan
1 isteri
1 anak perempuan
2 anak tiri perempuan (si mati berkahwin dgn balu anak 2)
1 bapa
1 ibu tiri (bapa si mati berkahwin stelah kmatian isteri pertama)
2 adikberadik lelaki
2 adikberadik perempuan
harap ustaz/ustazah dapat membantu
terima kasih
Assalamualaikum Ustaz,
Ibu saya mempunyai 2 orang lelaki dan 3 anak perempuan dan suami.
Ibu saya menulis wasiat keseluruhan hartanya agar -
1. setiap anak lelaki dan perempuan mendapat bahagian yamg sama. Semua anak lelaki telah redha dan bersetuju.
3. Sebahagian harta diwasiatkan kepada anak tertentu sahaja. Selainnya dibahagi rata seperti no 1.
3. Suami tidak diwasiatkan untuk mendapat apa2 bahagian.
4. Sebahagian tertentu supaya diberikan sebagai sedekah dan zakat.
Soalan 1 - Apakah wasiat di atas dibenarkan. jika tidak bagaimanakah cara yang betul
Soalan 2 - Bolehkah wasiat dibahagi tanpa mengikut faraid. Jika boleh, apakah cara dan hadnya.
Soalan 3 - Bolehkah harta di bahagikan sebelum mati sebagai pemberian/hadiah. Jika boleh apakah cara dan hadnya.
Terima kasih.
Daud
saya ingin memohon alamat penuh syarikat ini untuk menghantar resume. hrp pihak tuan/puan dapat membantu.
Assalamualaikum Ustaz,
saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai harta pusaka:-
1. apakah peranan dan tanggungjawab pemegang amanah dalam menguruskan harta pusaka?
2. apakah limitasi bidangkuasa pemegang amanah dalam menguruskan harta pusaka?
3. apakah ciri-ciri seseorang yang layak untuk dilantik pemegang amanah?
Diharap pihak tuan/puan dapat membantu menjawab soalan tersebut.
Subhanallah, sibuk sungguh sepanjang Ramadan ini hingga tak sempat menjawab persoalan pengunjung sekelian. Nanti saya kejar Ustaz Rosdi supaya dia tak biarkan soalan-soalan ini tergantung tak bertali
Saya juga akan mencari masa untuk menjawab mana-mana yang dalam pengetahuan saya.
Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan ini akan menjadi fasa yang sangat bermakna untuk kita semua.
Hasanah.
Assalamualaikum. saya mintak jasa baik tuan tentang perkara ini,
Nenek saya baru meninggaldunia dan ada meninggalkan harta wang
dan dan tanah 7 ekar serta barang kemas.
nenek saya mempunyai 2 orang anak lelaki, seorang anak perempuan
dan seorang anak perempuan berlainan ayah (nenek berkahwin 2 kali)
dan juga mempunyai cucu sebelah lelaki dan cucu perempuan.
bagaimanakah pembahagian yang perlu dilakukan?
sekian, terima kasih. wassalam.
Isteri saya baru saja pulang ke rahmatUllah. Kami tiada zuriat. Ibu dan bapa isteri saya masih ada. Juga ia mempuyai 2 saudara perempuan dan 5 saudara lelaki. Bagaimana pembahagian harta isteri saya. Terima kasih.
Assalamualaikum wbt
Bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah 6 bulan yang lalu. Beliau mempunyai 1 isteri, seorang anak lelaki dan 2 org anak perempuan. Sekiranya harta peninggalan beliau adalah duit RM 30 000, sebuah kereta dan sebuah rumah yang disewakan, bagaimanakah pengiraan detail dibuat? Siapakah yang bertanggungjawab menguruskannya dan adakah pembahagian harta ini perlu dilakukan oleh mana2 jabatan agama (perlu isi borang)?Siapakah pihak yang boleh membantu kami? Apakah kesannya sekiranya harta itu lambat difaraidkan. Terima kasih. Wassalam.
Saya telah menerima satu emel bertanyakan masalah berikut. Apabila saya reply, saya mendapat permanent ‘failure’notice’ . Oleh yang demikian, saya masukkan soalan dan jawapan di sini, mudah-mudahan orang yang bertanya akan terbaca mesej ini. Nama penanya telah dipadam sebagai menghormati privasi orang yang bertanya.
xxxxxx wrote:
Assalamualaikum Ust,
Saya xxxx ada nak ajukan beberapa kemusykilan
Ayah saya baru meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, 2 org anak lelaki, 2 org anak perempuan, ibu dan ayah arwah, 3 adik beradik lelaki dan 4 org adik beradik perempuan. Arwah ayah tdk sempat membuat wasiat. saya nak tahu pembahagian faraid siapa yang layak dapat. Arwah meninggalkan tanah, rumah dan duit sbyk RM 50,000 dalam ASB. Jika ayah wasiat kan secara lisan berapa org saksi diperlukan ustaz? dan bgmn cara saya nak uruskan harta ini?
Satu lagi pendapat saya faraid ini perlu dimasukkan dalam matapelajaran di sekolah krn ia amat penting krn masih ramai masy Islam yang tdk mengetahuinya begitu juga diberi ceramah-ceramah diluar.
Wassalam
Harap ust dpt bantu saya
terima kasih
Waalaikumussalam,
Saudari xxx,
Saya akan cuba menjawab secara ringkas persoalan yang ditimbulkan.
Dalam kes saudari, tindakan dan pembahagian mengikut faraid adalah seperti berikut:
Nilaikan semua harta arwah. Selesaikan hutang-piutang sama ada kepada manusia mahupun kepada Allah (zakat, haji dll). Selesaikan semua kos pengebumian jenazah.
Memandangkan tiada wasiat dibuat, maka, akhir sekali, barulah baki harta boleh dibahagikan kepada waris, iaitu seperti berikut:
Isteri ayah - 1/8
Ibu (nenek saudari) - 1/6
Ayah (datuk) - 1/6
2 Anak lelaki & 2 anak perempuan - baki harta
Adik-beradik ayah tidak mendapat bahagian kerana dihijab/dihalang dengan kewujudan anak-anak.
Pecahan yang lebih detail:
Isteri - 18/144
Ibu - 24/144
Ayah - 24/144
2 Anak perempuan - 26/144 (setiap seorang mendapat 13/144)
2 Anak lelaki - 52/144 (setiap seorang mendapat 26/144)
Untuk menguruskan harta ini, ia mengambil masa yang agak panjang dan menuntut kesabaran apatah lagi jika harta yang ditinggalkan melebihi RM600,000, iaitu penyelesaiannya perlu melalui Mahkamah Tinggi dan memerlukan penjamin.
Untuk memudahkan urusan, sila hubungi
Uruspusaka Sdn. Bhd.
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur
Tel: 03-4044 0254
Terima kasih & wallahu a’lam
Dr. Hasanah
natera,
Penama dalam akaun Tabung Haji hanya boleh bertindak sebagai pemegang amanah. Dia wajib menggunakan wang simpanan tersebut mengikut syarak.
Pertama, hendaklah diselesaikan segala kos pengebumian dan segala hutang piutang arwah
Kedua, hendaklah diselesaikan wasiat jika ada
Ketiga, barulah boleh diagihkan sesama waris.
Jika ada hutang & urusan wajib arwah yang belum diselesaikan, maka hendaklah diselesaikan terlebih dahulu walaupun ada waris lain yang membantah. Walau bagaimanapun, dalam hal ini, persepakatan sesama waris adalah sangat penting. Carilah jalan supaya waris yang lain dapat memahami perkara ini. Namun begitu, janganlah berkeras hendak melakukan urusan yang sunat untuk arwah jika waris lain membantah kerana mereka juga mempunyai hak dalam harta tersebut.
wan,
banyaknya soalan? aduhai, tak menang tangan nak menjawabnya…. ada sapa-sapa boleh tolong jawabkan?
naznaznaz
Persoalan ini agak menarik kerana waris terdiri daripada anak kandung dan anak tiri.
Untuk makluman, hanya waris kandung yang layak mendapat pusaka. Manakala waris tiri tidak dapat pusaka.
Di sini, WASIAT memainkan peranan yang sangat penting. Si mati boleh mewasiatkan sebahagian hartanya kepada anak tiri jika dia mahu tertakluk kepada maksimum 1/3 harta.
Dalam kes ini, pembahagian adalah seperti berikut:
Isteri - 1/8
Bapa - 3/8
1 Anak perempuan - 1/2 (iaitu 4/8 harta)
Adik beradik si mati tidak mendapat harta kerana terhalang dengan kewujudan anak kandung si mati.
farah,
Alamat penuh syarikat ialah seperti berikut:
Uruspusaka sdn. bhd.
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji,
No. 28, JalanRahmat off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur
Tel> 03-4044 0254
Ustaz Rosdi hanya perunding bertauliah syarikat tersebut dan bukan pemegang saham, pemilik atau seantaranya dalam Syarikat Uruspusaka
faiz,
Dalam keadaan ada anak dari suami pertama dan anak dari suami kedua, kedua-duanya layak menerima pusaka apabila si ibu meninggal kerana mereka dilahirkan oleh ibu yang sama.
Apabila ada anak kandung lelaki dan perempuan, secara automatik, cucu (iaitu dari anak kandung tadi) terhalang dari menerima pusaka. Logiknya, jika si anak tadi meninggal, harta tersebut akan turun kepada generasi selepasnya juga.
Oleh itu, dalam kes saudara pembahagian adalah terhad kepada:
2 anak perempuan & 2 anak lelaki - asabah, iaitu mendapat baki harta.
Pecahannya mengikut faraid ialah:
2 anak perempuan - 1/3 harta (setiap seorang mendapat 1/6 harta)
2 anak lelaki mendapat 2/3 (setiap seorang mendapat 2/6)
Asbah,
Takziah atas pemergian isteri saudara.
Mudah-mudahan rohnya akan dirahmati Allah selalu.
Memandangkan isteri saudara tidak mempunyai anak, tetapi mempunyai ibu bapa dan saudara sebagai suami, maka kes ini agak unik dalam sistem faraid.
Penyelesaian untuk kes ini ialah seperti berikut:
Suami - 1/2
Bapa - 1/3
Ibu - 1/6
Adik beradik isteri tidak mendapat pusaka dalam kes unik ini. Saya akan huraikan dengan detail mengenai kes ini pada masa akan datang. Insya Allah.
ros,
Dalam weblog ini, kami hanya dapat memberikan bantuan secara teoritikal sahaja. Lain-lain urusan harap dapat rujuk kepada Syarikat Uruspusaka sdn. bhd.
Untuk menyelesaikan pembahagian dalam kes saudari,
Isteri - 1/8
1 Anak lelaki & 2 anak perempuan- asabah (baki harta) , iaitu anak lelaki mendapat 14/32 dan setiap anak perempuan mendapat 7/32
Rasanya hampir semua soalan dah dijawab. Mana pulak Ustaz Rosdi ni?
[shouting] “Ustaz! Ustaz!…. hiey, manalah dia ni….”
Assalamu ‘alaikum ….
Ibu saya telah meninggal dengan meninggalkan 5 orang anak iaitu 4 lelaki dan seorang perempuan. Ayah saya telah meninggal terlebih dahulu sebelum itu. Semasa ibu meninggal nenek saya (ibu kepada ibu saya) masih hidup.
Saya ingin tahu samada nenek saya (ibu kepada ibu saya) termasuk di dalam waris yang layak menerima harta pesaka anak perempuan atau sebaliknya. Sekiranya layak berapa bahagian faraidhnya?
Wassalam.
Assalamualaikum,
Saya adalah anak angkat kepada emak saudara saya yang tidak mempunyai anak. Suaminya juga menyayangi saya seperti anak sendiri. Semasa hayatnya, suami emak saudara itu telah memberi kepada saya (secara hibah) sekeping tanah dan sebuah rumah yang mempunyai nilai yang tinggi. Sebelum meninggal dunia beliau telah mewasiatkan hartanya kepada anak2 saudara dan adik beradik beliau yang lain. Tujuan beliau adalah supaya tidak berlaku perebutan harta antara keluarga. Walaubagaimana pun, apabila emak saudara saya (emak angkat) membuat tuntutan harta sepencarian, keluarga sebelah bapa saudara telah menghalang atas alasan saya telah menerima sebahagian besar dari harta tersebut.
Persoalannya,
1. adakah mereka boleh menghalang emak saudara saya dari membuat tuntutan tersebut?
2. adakah wajar alasan mereka tentang harta yang ditinggalkan utk saya itu?
3. bolehkan mereka menarik balik (challenge) harta yang telah diberikan kepada saya?
terima kasih dan wassalam
Waalaikumussalam Yaziruddin.
Jawapan untuk soalan saudara boleh dilihat di
http://uruspusaka.com/tutorial/?page_id=16
Aishah,
Soalan ini agak rumit kerana ia perlu dilihat dari beberapa sudut.
Pertama, siapa ahli waris yang ada? Hal ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam soalan saudari.
Kedua, harta yang telah diberikan kepada Aishah secara hibah semasa hidup bapa saudara itu adalah jelas milik Aishah. Tetapi, adakah urusan pindahmilik harta telah dilakukan? Jika sudah, tiada masalah, tetapi jika belum dan tiada bukti menunjukkan hibah berlaku, ini mungkin agak sukar. Kalau ada pertikaian tentang hal ini, maka mahkamahlah yang layak menentukannya. Tiada siapa berhak menghalang seseorang membuat tuntutan/dakwaan di mahkamah. Kebarangkalian untuk menang-kalah bergantung kepada banyak perkara.
Ketiga, harta pusaka si mati hendaklah ditolak terlebih daripada harta sepencarian. Tidak ada salahnya si isteri membuat tuntutan harta sepencarian kerana mungkin ada harta yang diperolehi hasil usaha bersama tetapi didaftarkan dengan nama suami sahaja. Harta sepencarian hendaklah ditolak daripada harta pusaka si mati.
Keempat, tidak boleh memberi wasiat kepada waris. Oleh itu, perlu dijelaskan di sini, siapakah waris bapa saudara yang ada? ibubapa? adik-beradik lelaki? perempuan? isteri? dll?
Kelima, wasiat terhad kepada 1/3 harta sahaja. Baki 2/3 harta hendaklah diagihkan kepada ahli waris termasuk si isteri tadi. Oleh itu, si isteri berhak mendapat harta sepencarian dan harta pusaka.
Persoalan tentang mahkamah sukar untuk saya jawab kerana masih ada banyak perkara yang perlu ditimbangkan dan dinilai dalam hal ini. Jalan yang terbaik ialah, dapatkan khidmat guaman. Mereka mungkin boleh membantu saudari. Peguam syari’e di Syarikat UrusPusaka Sdn. Bhd. insyaAllah dapat membantu.
Salam Ustaz,
Saya baru kehilangan ayah pada awal bulan Nov 2007. Ibu saya meninggal pada tahun 90-an. Ayah berkahwin lain awal tahun 2000. Kami tinggal berasingan dan ibu tiri tidak mempunyai anak.
Bolehkan kami buat tuntuan untuk rumah yang sedang kami duduki tanpa perlu ibu tiri kerana rumah itu di daftarkan atas nama arwah ibu dan bapa saya sahaja. Kiranya harta sepencarian arwah ayah dan ibu, bukan ibu tiri kami.
Harap Ustaz dpt beri pandangan smoga kita tidak melakukan kesilapan.
assalamualaikum.
saya menghadapi sedikit kemusykilan berkenaan harta pusaka.
moyang saya telah meningal pada tahun 1940-an meninggalkan harta pusaka bernilai lebih kurang RM 800,000.00. Kami waris yang ada baru menyedari bahawa arwah mempunyai harta yang ditinggalkan dan masih belum dibahagi atau diuruskan. moyang saya semasa kematiannya mempunyai seorang anak lelaki yang meninggal pada 1980an dan seorang anak perempuan yang telah bercerai yang meninggal pada 1956. Anak lelaki moyang saya mempunyai seorang anak lelaki dan telah meninggal pada 1997 meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Manakala anak perempuannya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal pada 1995 dan semasa kematiannya arwahyarhamah meninggalkan seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. walaubagaimapun, anak lelaki beliau baru saja meninggal pada ramadan yang lepas (2007). Arwah meninggalkan seorang isteri, 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan.
saya ingin tahu bahawa di dalam pembahagian pesaka untuk kes begini bagaimana ianya dikira.adakah secara terus kepada waris yang paling akhir. ini adalah di dalam pengetahuan saya. sekiranya waris adalah warisan dari sebelah perempuan beliau tidak layak memliki harta pusaka tersebut. untuk kes di atas ini bagaimanakah pengiraannya dan bolehkah maklumkan kepada saya berapakah bahagian setiap waris yang tinggal perolehi.
bantuan dan perhatian amatlah saya hargai.
Asslamualaikum….
Saya cucu lelaki sulung arwah datuk,dan ayah saya anak lelaki sulung.Datuk saya mempunyai 9 orang anak hasil pengkosian hidup dgn 2 isteri,Baru-baru ini berlaku kekecohan adik-beradik ayah saya di atas pembahagian harta,kerana makcik bongsu saya inginkan harta itu tanpa menukar nama pemilik,dan ini tidak di setujui oleh ayah saya kerana tidak mengikut cara islam,tetapi di setujui oleh adik-beradik yg lain,Oleh kerana itu ayah tidak mahu ambik tahu lg mengenai harta tersebut,tetapi ayah meminta saya bersuara kepada pakcik dan makcik saya yg lain di atas kekecohan itu,jd saya ingin tahu adakah saya berhak bersuara mengenai harta itu bg pihak ayah saya,walaupun ayah masih hidup…sekian.wassalam
Emak saudara saya telah meninggal dengan meninggalkan seorang suami. Kakaknya masih hidup. Bapa dan ibu sudah meninngal dunia.
UntuTolong selesaikan pembahagiannya.
ds
Sarah,
Berdasarkan keterangan yang diberikan, rumah tersebut dimiliki sama rata antara ayah dan ibu. Apabila ibu meninggal dunia, bahagian ayah tetap kekal miliknya. Hanya separuh sahaja yang menjadi harta pusaka untuk waris termasuklah ayah. Ibu tiri memang tidak mempunyai hak ke atas rumah tersebut. Tetapi, perlu diingat bahawa hak ayah masih perlu dihormati. Untuk menyelesaikan hal rumah ini, eloklah dibincang secara baik dengan ayah.
Milk,
Panjang betul kisahnya….
Ok, saya cuba jawab, itupun kalau saya tidak tersilap faham tentang siapa anak siapa dan siapa yang dah hidup ataupun dah meinggal dunia masa satu2 waris meninggal.
Dalam hal ini, tiada masalah yang timbul kerana keturunan itu perempuan.
Anak2 moyang berhak mendapat kesemua harta (jika benar tidak ada waris lain semasa kematiannya seperti suami/isteri, ibu/bapa). Caranya, anak lelaki mendapat 2/3 daripada 800,000, manakala anak perempuan mendapat 1/3. Tetapi pembahagian tidak terhad di sini kerana mereka telah meninggal dunia. Biar saya namakan waris ini sebagai ‘ALM’ dan ‘APM’ (Anak lelaki/ppuan moyang).
Harta yang diwarisi APM (m1956) berjumlah RM266,640 diwarisi oleh AP nya (m1995) sebanyak 1/2 dan adik beradik lelaki kandungnya (m1980) sebanyak 1/2. Bahagian AP-APM (m1995) dibahagi secara asabah kepada 1 anak lelaki (m2007) dan 2 anak perempuan. Si anak lelaki tadi mendapat 1/2 daripada RM133,320 manakala setiap anak perempuan mendapat 1/4. Memandang anak lelaki ini telah meninggal pada 2007, maka bahagiannya dibahagi kepada isteri 1/8, 3 anak lelaki setiap seorang mendapat 14/72 dan 3 anak perempuan, setiap seorang mendapat 7/72.
Harta yang diwarisi ALM berjumlah RM533,280 dan 1/2 dari APM berjumlah RM133,320 menjadi hak penuh menantu (isteri AL kepada ALM) dan cucunya yang masih ada, iaitu 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Menantu perempuan tadi mendapat 1/8 daripada jumlah pusaka tersebut manakala cucu perempuan ALM mendapat 7/24 dan cucu lelaki ALM mendapat 7/12.
Banyak lagi perkara yang perlu diteliti dalam masalah ini kerana waris yang tinggal, hubungan waris dan tarikh kematian perlu dipastikan dengan tepat.
Dalam masalah ini, bahagian waris bukan isu besar. Yang menjadi isu ialah bagaimana hendak menguruskan pembahagian dan pemindahan harta tersebut sedangkan ia melibatkan berbilang lapis. Saya cadangkan, dapatkan khidmat guaman yang dipercayai.
Wallahu a’lam.
Mohd. Azlansyah,
Lihat jawapan di:
http://uruspusaka.com/tutorial/?page_id=27#comment-65
assalamualaikum….
sya ingin tahu…..suami sya meninggal dunia, ada 1 rumah….di faraidkan….
anak lelaki (1)…13/24
saya…………………..3/24
emak arwah………4/24
ayah arwah………..4/24
sya bercadang menjual rumah tersebut….bahagian sya dan anak sya akan sya belikan sebuah rumah lain….sebagai harta kami…..
apa yg sya ketahui, anak mesti mencapai umur 18 tahun….utk pembahagian sebenar harta tersebut…..
sekiranya menunggu anak sya 18 tahun….mmg agak lama….kerana suami sya meninggal dunia ketika anak sya dlm kandungan……dan kini rumah semakin uzur dan perlu pembaikan…..
mengapakan rumah peninggalan seorg suami …mesti di bahagi2 sdgkan gemulah meninggalkan seorg istri dan anak yg perlu tempat tinggal….
terima kasih…
askm ustaz bp sy siarwah hj ramlan othman telah meninggalkan sejumlah simpanan dan tanah 8 ekar ,anak 11 org dan seorng isteri.dlm wasiat ini arwah tiada meningalkan sebarang documen atau hitam putih.tetapi arwah hanya berpesan pd abg sy suratmin bahawa sy maswan tidak layak mendapat wasiat dr simpanan dan hasil setakat ia meninggal.ini kerana sy ada buat pinjaman dgn arwah 5k dan belum sempat d pulangkan.serta sy ade berkongsi dgn arwah beli tanah dan tanah tu atas nama sy dan ia dah ijab kabul bahawa tanah etu milik sy semasa arwah sihat. sy ade menjaga satu accn arwah pesnannya bahagikan duit ini gan adik beradik dan bayarkan zakatnya sekali setelah adik kamu berumur 21thn dan sy sudah tunaikan soalan1> boleh kah wasiat d bahagi berdasarkan pesanan pd abg sy seorang , sedangkan adik beradik 11 org yg lain tidak tahu tentang pesanan ini. 2> apakah hukumnya wasiat d bahagikan kpd 10 org shj sy d tingalkan.3> adakah hutang sy 5k etu wasiat atau sy boleh sedekah pd masjid. keliru sy ustaz utk pengetahuan ustaz sy x menerima walau sesen pun dari wasiat dan mereka dpt setiap seorang 7k. hp 0197714063 sms pun boleh
maaf ustaz x nyatakan jumlah adik td 1 isteri 2 perempuan 9 lelaki
[...] * LAMAN UTAMA * [...]
assalamualaikum…
saya ingin tahu tentang pembahagian sekiranya simati meninggalkan:-
1 isteri
1 anak perempuan
2 anak saudara perempuan dari saudara perempuan (saudara perempuan telah meninggal dahulu)
1 anak saudara lelaki dari saudara perempuan
1 anak lelaki daripada sepupu lelaki yang telah meninggal dahulu dari si mati (sepupu adalah anak bapa saudara sebelah ibu-ibu telah meninggal dahulu daripada bapa saudara)
1 anak perempuan daripada sepupu lelaki
isteri sepupu
berapakah nisbah setiap mereka warisi..siapakah yang patut dikeluarkan..dan adakah baitul mal patut di masukkan untuk sebahagian harta si mati..
Assalamu ‘alaikum …
Takziah drp saya di atas kepergian Ust Rosdi. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang yang soleh dan semoga zuriat beliau dapat meneruskan perjuangan beliau di dalam memertabatkan ilmu faraid ini.
Ibu saya telah meninggal sebelum ibunya (nenek saya) meninggal, manakala Bapa ibu saya (datuk saya) telah lama meninggal. Sebelum ibu saya meninggal, beliau telah menerima harta/hibah daripada nenek saya iaitu 1 ekar tanah. Saya agak keliru dalam hal pembahagian harta itu kerana harta itu berasal dari pemberian nenek saya kepada ibu saya. Adakah nenek saya berhak mendapat 1/6 daripada harta itu?
Wassalam.
saya mempunyai masalah tentang pembahagian harta pusaka ibu saya. beliau telah meninggal dunia pada thn 1997. Masalahnya harta2 peninggalan beliau tidak dapat dibahagikan kerana salah seorang adik beradik saya tidak mahu memberikan salinan Kad Pengenalan beliau untuk urusan pembahagian harta. Semua adik beradik setuju seramai 5 orang. Hanya dia seorang yang menjadi masalah. Adakah cara lain agar masalah ini dapat diselesaikan. dan pembahagian harta dapat dijalankan dengan baik.
Assalamualaikum wbr…
saya mempunyai masalah tentang pembahagian harta pusaka. pada tahun 2003 ibu saya meninggal dunia. bapa masih ada dan kami mempunyai 7 orang adik beradik 4 lelaki dan 3 perempuan. bapa kepada emak saya(datuk) masih ada. bapa berkahwin lain pada tahun 2004 dan tidak mempunyai anak hasil perkahwinan tersebut. pada febuari 2008 bapa pula telah meninggal dunia.
harta sepencarian bersama ibu saya yang ditinggalkan adalah seperti berikut:
Harta atas nama bapa
1. 10 ekar tanah getah
2. 4 ekar kebun buah-buahan( 2 ekar telah diwasiatkan kepada 2 orang anak- cakapmulut shj.)
3. 1/4 ekar tapak rymah
Harta atas nama ibu
1. 5 ekar kebun buah-buahan
2. 1/4 ekar tapak rumah
Semua harta diatas diperolehi semasa bersama ibu saya. dengan ibu tiri tidak ada harta baru yang diperolehi.
persoalanan saya, macam manakah cara pembahagian harta diatas.
diharapkan pihak uruspusaka dapat membantu saya
sekian terima kasih.
Ibu saya telah meninggal dunia dan meninggalkan anak hidup 1 lelaki dan 6 perempuan. Sebelum ini 1 org abang saya dan ayah telah meninggal terlebih dulu daripada ibu. Bagaimanakah pembahagian pusaka mengikut faraid? Apakah waris abg saya (isteri dan anak2nya) mendapat bahagian pusaka (abg saya meninggal dahulu daripada mak saya)?bagaimana pula dengan saudara kandung mak saya, adakah bahagian mereka?Datuk dan nenek saya semuanya telah meninggal.
Harap dapat panduan utk saya membahagikan pusaka dengan seadilnya.
Ibu saya telah meninggal dunia dan meninggalkan anak hidup 1 lelaki dan 6 perempuan. Sebelum ini 1 org abang saya dan ayah telah meninggal terlebih dulu daripada ibu. Bagaimanakah pembahagian pusaka mengikut faraid? Apakah waris abg saya (isteri dan anak2nya) mendapat bahagian pusaka (abg saya meninggal dahulu daripada mak saya)?bagaimana pula dengan saudara kandung mak saya, adakah bahagian mereka?Datuk dan nenek saya semuanya telah meninggal.
Harap dapat panduan utk saya membahagikan pusaka dengan seadilnya. Saya juga mempunyai saudara tiri hasil perkahwinan arwah bapa dgn isterinya terdahulu. Adakah saudara tiri akan mendapat bahagian pusaka ibu saya?