12. Pembahagian Harta Pusaka Menurut Faraid

Pembahagian harta pusaka yang ditetapkan dalam al-Quran menggunakan kaedah ‘pecahan’. Contohnya, satu perdua (½), satu perempat (¼) dan sebagainya.

Untuk memudahkan kita memahami pecahan untuk seseorang, maka seeloknya kita menyenaraikan sesuatu golongan dan kemudian dinyatakan jumlah pecahan yang layak diterimanya mengikut keadaan yang tertentu.

Perhatian:
1. Dalam semua keadaan, sebelum melakukan sebarang pengagihan harta pusaka, terdapat dua perkara yang mesti diselesaikan terlebih dahulu, iaitu hutang dan wasiat si mati.
2. Dalam semua keadaan, hanya pewaris yang tidak terhalang dengan tiga halangan (hamba, pembunuh si mati ataupun berlainan agama) sahaja yang layak menerima pusaka.

10 Responses to “12. Pembahagian Harta Pusaka Menurut Faraid”

  1. sebaik-baiknya,berilah definisi tentang harta pusaka serta huraian yang lebih lengkap/menyeluruh mengenai pembahagian harta pusaka tersebut.kemudahan ini akan membatu pelajar seperti saya untuk mencari maklumat.

  2. ASSALAMUALAIKUM.SEBAGAI SEORANG PELAJAR,SAYA MEMERLUKAN MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI LAGI MENGENAI PUSAKA DAN CARA PEMBAHAGIANNYA.

  3. assalamualaikum.
    saya menghadapi sedikit kemusykilan berkenaan harta pusaka.
    moyang saya telah meningal pada tahun 1940-an meninggalkan harta pusaka bernilai lebih kurang RM 800,000.00. Kami waris yang ada baru menyedari bahawa arwah mempunyai harta yang ditinggalkan dan masih belum dibahagi atau diuruskan. moyang saya semasa kematiannya mempunyai seorang anak lelaki yang meninggal pada 1980an dan seorang anak perempuan yang telah bercerai yang meninggal pada 1956. Anak lelaki moyang saya mempunyai seorang anak lelaki dan telah meninggal pada 1997 meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Manakala anak perempuannya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal pada 1995 dan semasa kematiannya arwahyarhamah meninggalkan seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. walaubagaimapun, anak lelaki beliau baru saja meninggal pada ramadan yang lepas (2007). Arwah meninggalkan seorang isteri, 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan.

    saya ingin tahu bahawa di dalam pembahagian pesaka untuk kes begini bagaimana ianya dikira.adakah secara terus kepada waris yang paling akhir. ini adalah di dalam pengetahuan saya. sekiranya waris adalah warisan dari sebelah perempuan beliau tidak layak memliki harta pusaka tersebut. untuk kes di atas ini bagaimanakah pengiraannya dan bolehkah maklumkan kepada saya berapakah bahagian setiap waris yang tinggal perolehi.

    bantuan dan perhatian amatlah saya hargai.

  4. Ayah saya telah meningal dunia setahun yang lalu. Dan kami telah membahagikan harta peninggalan ayah kepada ibu (isteri si mati), 3 abang termasuk diri saya (iaitu anak lelaki pada si mati)dan juga 3 orang kakak 9iaitu anak perempuan pada si mati). Ayah saya masih mempunyai seorang adik perempuan yang masih hidup. soalan saya menurut hukum Faraid perlukah kami memperuntukan sebahagian harta pusaka peninggalan ayah saya kepada adik perempuan nya. Jika perlu, berapakah bahagian yang perlu kami berikan.

    Saya harap mendapat penjelasan secepat mungkin. Sekian, terima kasih.

  5. Saudara Hanafy,

    Dalam keadaan ini, anak-anak si mati iaitu Hanafy dll mendapat asabah. Ia seterusnya menghalang adik-beradik si mati daripada mewarisi harta.. Jadi, tidak perlulah diperuntukkan pusaka untuk mereka.

  6. Asalamualikum !

    Saya dah membaca berkenaan pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh suami yang mempunyai ayah, isteri dan anak di mana isteri mendapat 1/8 dan si ayah mendapat 1/6 dan bakinya anak lelaki/perempuan 2:1. Macamana jika isteri meninggal dan mempunyai ayah, suami dan 4 anak lelaki dan 4 anak perempuan ?

  7. assalamualaikum,saya adalah anak keempat dari 5 adik beradik,emak dan ayah masih ada,tetapi mak saya tidak sihat yang melibatkan beliau tidak dapat fikiran seperti manusia lain atau pun hilang upaya ingatan.baru-baru ni nenek saya baru meninggal dunia iaitu emak kepada ibu saya.tapak rumah nenek saya telah ditukar nama kepada nama ibu saya sebelum nenek meninggal dunia.tetapi selepas kematian nenek saya,adik beradik ibu saya telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan siapa yang akan menjaga rumah nenek saya,saya telah dijemput bagi mewakili ibu saya yang tidak sihat.dalam mesyuarat tersebut pakcik saya iaitu adik kepada ibu saya telah di undi untuk bertanggungjawab keatas rumah peninggalan nenek saya.tetapi,mereka meminta geran tanah dan ingin menambah nama pakcik saya.sedangkan tanah tersebut adalah nama ibu saya.Apakah yang seharusnya saya lakukan?adakah saya harus mempertahankan hak mak saya?atau pun membiarkan pakcik saya menambah nama beliau.pada fikiran saya ,saya ingin mempertahankan hak ibu saya kerana ibu saya dalam keadaan tidak sihat dan tidak tahu bila akan sembuh.

  8. si mati meninggalkan anak lelaki 4 orang, anak perempuan seorang, seorang isteri

  9. Saya tiada pengetahuan tentang pembahagian harta suami & isteri dalam islam. Sekiranya saya menerima harta pusaka dari bapa angkat saya yang berupa wang tunai, tanah atau rumah. Apabila berlaku penceraian antara saya dan suami adakah harta pusaka berupa wang itu boleh dituntut oleh suami saya?

  10. Asalamualaikum…sy anak perempuan sulung dr 3 adik beradik perempuan.
    Ibu dan ayah sy sudah meningal dunia 5 tahun lepas.
    Masalah sy sekarang sy mempunyai 2 org datuk saudara
    Yg masih hidup..sebelum ni arwah belum bt pembahagian
    Harta pusaka tanah 1 ekar,jadi macam manakah pembahagian
    Harta pusaka dilakaukan dan berapakah bahagian yg blh dpt
    Setiap seorg..?

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

.

Dr. Hasanah - @ Laman UrusPusaka.com

_______Semua Hakcipta Terpelihara (c) Uruspusaka.com 2007-2013________