Bolehkah adik-beradik mendapat harta pusaka?

Asskum dr,
bolehkah adik-beradik dpat harta pusaka? emak-ayah masih ada, adik-beradik sume tak kawin lagi

ain

Jawapan:

ain1989, dalam keadaan ini, jika salah seorang adik-beradik mati dan tiada pewaris lain kecuali emak, ayah dan adik-beradik yang lain, maka mereka semua berhak mewarisi harta pusaka.

Pembetulan: jika yang tinggal ialah emak, ayah dan adik-beradik, maka pembahagiannya adalah seperti berikut:

Ibu mendapat 1/6

Bapa mendapat 1/6 campur baki harta. Maksudnya dia mendapat 5/6 harta.

Adik beradik tadi tidak mendapat harta pusaka.

(Maafkan saya kerana pada awalnya tersilap memberikan penjelasan. Terima kasih Zaki_Razali kerana membetulkan saya. Semoga Allah merahmati saudara)

3 Responses to “Bolehkah adik-beradik mendapat harta pusaka?”

  1. assalamualaikum,saya adalah anak keempat dari 5 adik beradik,emak dan ayah masih ada,tetapi mak saya tidak sihat yang melibatkan beliau tidak dapat fikiran seperti manusia lain atau pun hilang upaya ingatan.baru-baru ni nenek saya baru meninggal dunia iaitu emak kepada ibu saya.tapak rumah nenek saya telah ditukar nama kepada nama ibu saya sebelum nenek meninggal dunia.tetapi selepas kematian nenek saya,adik beradik ibu saya telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan siapa yang akan menjaga rumah nenek saya,saya telah dijemput bagi mewakili ibu saya yang tidak sihat.dalam mesyuarat tersebut pakcik saya iaitu adik kepada ibu saya telah di undi untuk bertanggungjawab keatas rumah peninggalan nenek saya.tetapi,mereka meminta geran tanah dan ingin menambah nama pakcik saya.sedangkan tanah tersebut adalah nama ibu saya.Apakah yang seharusnya saya lakukan?adakah saya harus mempertahankan hak mak saya?atau pun membiarkan pakcik saya menambah nama beliau.pada fikiran saya ,saya ingin mempertahankan hak ibu saya kerana ibu saya dalam keadaan tidak sihat dan tidak tahu bila akan sembuh.

  2. Assalamualaikum

    di sini ada sedikit perkara yg saya ingin komentar..
    berkenaan dgn persoalan di atas(blehkah adik-bradik menerima harta pusaka.?)

  3. Dlam hal ini..
    simati yg meniggalkan ibu,ayah dan adik-beradik.. maka…adi-beradiknya(simati) tidak akan mndapat apa2 bhagian drp harta pusaka simati..
    ini adalah kerana mereka trhalang di sebabkan ayah si mati masih hidup..
    dalam erti kata yg lain..ayah si mati memahjubkan semua hawasyi dan a’mam trmasuk adi-beradik simati..tetapi si ayah tidak boleh memahjubkan faru’l waris simati iaitu anak2 simati itu sendiri..
    ye…mereka bleh di beri harta tersebut tetapi bukan diistilahkan sebagai harta pusaka…boleh juga dianggap sebagai hadiah,atau sagu hati,atau hibah dan seumpama dgnnya…tidak bleh diistilahkan sebagai harta pusaka krn mereka(adik-bradik simati) tidak berhak mengmbil harta tersebut melainkan dgn cara yg tlah saya sbutkan tadi seperti hadiah,pmberian atau seumpama dgnnya…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

.

Dr. Hasanah - @ Laman UrusPusaka.com

_______Semua Hakcipta Terpelihara (c) Uruspusaka.com 2007-2013________