2. Apa Maksud Ilmu Faraid?

Apa maksud Ilmu Faraid?

Faraid

Perkataan faraid berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud ketetapan.
Firman Allah s.w.t: (Maksudnya) mereka berhak untuk mendapat separuh mas kahwin yang telah kamu tetapkan (Surah al-Baqarah, ayat: 237)

Ilmu Faraid

Ilmu faraid pula ialah suatu kaedah dan pengetahuan tentang pusaka yang meliputi peraturan dan syarat-syarat pihak-pihak yang layak menerimanya, bahagiannya dan juga hukum-hukum yang berkaitan dengannya.

Ilmu faraid juga dikenali sebagai fiqh al-mawarith, iaitu fiqh perwarisan.

Oleh kerana ilmu faraid hanya membincangkan tentang harta pusaka, maka, definisi harta pusaka perlulah difahami terlebih dahulu.

Harta Pusaka

Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan selepas kematian seseorang.

Ia boleh terdiri daripada harta alih dan tak alih. Harta alih ialah harta yang boleh dipindahkan atau dialihkan seperti wang ringgit, emas, saham, kenderaan, perabot dan lain-lain lagi. Harta tak alih pula terdiri daripada harta yang tidak boleh dipindahkan. Contohnya, tanah, rumah, kedai dan lain-lain lagi.

One Response to “2. Apa Maksud Ilmu Faraid?”

  1. saya ada 5 beradik ayah,saya dah meninggal dunia.kami ada sebuah rumah teres.mak saya telah memberikan rumah itu kepada abang saya SEBAGAI BALASAN KASIH SAYANG.tetapi kami memdapat wang sebanyak RM10.000.00 seorang.Yang menjadi kemusykilan saya adalah adakah wang itu sebagai wang FARAID?sedang mak saya masih hidup lagi.SATU lagi kemusykilan saya mak saya memberi sebagai BALASAN KASIH SAYANG pada abang saya ADAKAH dia juga patut menerima wang sebanyak RM10.000.00 sebagai hak dia juga?

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

.

Dr. Hasanah - @ Laman UrusPusaka.com

_______Semua Hakcipta Terpelihara (c) Uruspusaka.com 2007-2013________